Showing posts with label Blog FT. Show all posts
Showing posts with label Blog FT. Show all posts

Saturday, December 5, 2009

Zoo Negara Kuala Lumpur

Selamat datang ke Zoo Negara, Kuala Lumpur


Zoo Negara Kuala Lumpur adalah Zoo pertama yang memuat 5137 spesis haiwan dan 456 spesis burung dan mamalia. Bagi mereka yang ingin datang ke sini tiket-tiket boleh dibeli dikaunter tiket dengan harga tiket RM35 bagi dewasa dan RM18 bagi kanak. Bagi mereka yang mempunyai MyKad harga bagi tiket Dewasa RM25 dan bagi tiket Kanak-kanak RM9.

Bawalah keluarga anda hari ini.


Untuk pengetahun para pelancong Zoo negara kini hampir berusia lebih 46 tahun dimana melayakkan nye dipanggil sebagai antara zoo yang tertua.. Bagi yang berminat datang kesini mereka boleh juga menyaksikan persembahan haiwan pada pukul 11 pagi atau pada 3.00 petang. Zoo negara adalah sebuah Zoo yang menempatkan paling banyak binatang berbanding Zoo lain yang ada di Malaysia. Bagi mereka yang ingin membawa anak-anak berjalan pada cuti sekolah jangan lepas kan peluang bagi membawa anak2 datang dan menyaksikan binatang yang sudah dan belum mereka pernah lihat.

Keluarga anda pasti gembira..

Burung Flamingo yang bebas berterbangan

Kanak-kanak riang didalam hutan

Lihat sendiri harimau-harimau yang kelaparan

Juga sekawan zirafah dan Kuda belang

Aminah yang baik hati

Riang gembira Di Zoo Negara Kuala Lumpur

Si mama yang posing ngalahkan anak

Si anak yang suka berjalan

Mama bergambar dengan kembar nye.. gajah kekekeke

Zirafah yang baik hati


Untuk maklumat lanjut silalayari Zoo Negara Kuala Lumpur


Sunday, November 29, 2009

Menara Berkembar Petronas


Menara Berkembar Petronas adalah salah satu struktur yang tertinggi didunia. Ianya diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada masa itu Tun Dr mahathir Bin Mohamad. Projek pembinaan Menara berkembar Petronas ini dilancarkan pada 15 September 1992. Dengan ketinggian 452 meter menara Berkembar Petronas ini boleh kelihatan lebih daripada 20 kilometer dari luar kawasan pusat Bandaraya. Struktur pembinaan menara berkembar petronas ini direka oleh oleh arkitek ternama iaitu Ceaser Pelli


Rekebentuk dalaman bangunan ini direka khas bagi mencerminkan identiti budaya dan bangsa Malaysia. Dari segi rekebentuk lantai ia mengenengahkan prinsip geometri Islam, yang mencerminkan sebuah negara Islam. Dari kejauhan kita dapat melihat sinaran dan pantulan kaca dari menara dan keluli tahan karat setinggi 88 tingkat yang merupakan warisan Muslim malaysia.


Pusat membeli belah Suria KLCC

Bagi menggalakkan rakyat berkumpul dan bersua menara berkembar Petronas juga dilengkapi dengan Pusat membeli Belah yang terkemuka iaitu Suria KLCC.. disini terhimpunnya gedung dan butik dari tempatan hinggalah ke peringkat antarabangsa.

Bagi Pelancong mereka boleh memohon untuk mendapatkan Priviledge Card bagi mendapatkan diskaun di butik-butik yang terpilih. Untuk memohon kad ini para melancong haruslah menunjukkan visa perjalanan dan passport perjalanan anda bagi mendapatkan kad ini.

Imej dari Google Image


Bagaimana Untuk Ke Menara Berkembar petronas?

Map From google Image


Ũ
Eddie Wana And Izz Zaharin Love Stories