Sunday, November 29, 2009

Menara Berkembar Petronas


Menara Berkembar Petronas adalah salah satu struktur yang tertinggi didunia. Ianya diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada masa itu Tun Dr mahathir Bin Mohamad. Projek pembinaan Menara berkembar Petronas ini dilancarkan pada 15 September 1992. Dengan ketinggian 452 meter menara Berkembar Petronas ini boleh kelihatan lebih daripada 20 kilometer dari luar kawasan pusat Bandaraya. Struktur pembinaan menara berkembar petronas ini direka oleh oleh arkitek ternama iaitu Ceaser Pelli


Rekebentuk dalaman bangunan ini direka khas bagi mencerminkan identiti budaya dan bangsa Malaysia. Dari segi rekebentuk lantai ia mengenengahkan prinsip geometri Islam, yang mencerminkan sebuah negara Islam. Dari kejauhan kita dapat melihat sinaran dan pantulan kaca dari menara dan keluli tahan karat setinggi 88 tingkat yang merupakan warisan Muslim malaysia.


Pusat membeli belah Suria KLCC

Bagi menggalakkan rakyat berkumpul dan bersua menara berkembar Petronas juga dilengkapi dengan Pusat membeli Belah yang terkemuka iaitu Suria KLCC.. disini terhimpunnya gedung dan butik dari tempatan hinggalah ke peringkat antarabangsa.

Bagi Pelancong mereka boleh memohon untuk mendapatkan Priviledge Card bagi mendapatkan diskaun di butik-butik yang terpilih. Untuk memohon kad ini para melancong haruslah menunjukkan visa perjalanan dan passport perjalanan anda bagi mendapatkan kad ini.

Imej dari Google Image


Bagaimana Untuk Ke Menara Berkembar petronas?

Map From google Image


Ũ
Eddie Wana And Izz Zaharin Love Stories