Thursday, March 25, 2010

Dimana Rasionalnya? Salah Siapa?


Aku sendiri tak paham? dimana rasionalnya kemudahan yang diberikan oleh kerajaan ini? termenung sambil aku keliru. Teringat kepada rakan-rakan yang tak dapat keluar negara kerana kelewatan membayar hutang piutang PTPTN. Contoh terdekat seorang artist lelaki pernah terejerat sebab dek utang PTPTN ni.

Kini PTPTN bagai kan sebuah bank yang duk managih hutang piutang lapuk dek kerana terlalu banyak para graduan yang gagal membayar hutang piutang. Belajar berhutang sejak dizaman belajar melatih generasi akan datang hidup penuh bebanan. Selesai bergraduasi bekerja dengan gaji kasar RM1800 berkereta sudah cukup menambahkan bebanan mereka untuk membayar hutang piutang. bLumrah manusia baru merasa duit sendiri macam-macam mahu dibuat. Penyudahnya? lahirlah generasi graduan yang bankruptcy salah siapa?



Teringat zaman aku mula belajar dulu.. masa tu pinjaman PTPTN belum ada lagi.. ada salah seorang rakan kelas kami bapanye terpaksa menjual seorang lembu milik mereka hanya kerana untuk membayat yuran pembelajaran anak di IPT. Sekarang? silap-silap anak kita sendiri boleh membeli kereta dengan wang pinjaman pelajaran mereka? percaya atau tak? sekarang dah skim pembelian kereta untuk pelajar? giler??? owh sebab senang nanti anak nak gi kelas tak payah terkejar2 kan bas yang sejam sekali lalu. owh teringat lagia ku pada diri sendiri.. berjalan sejauh 3 km untuk ke kelas sebab takde kenderaan. tak cukup itu kami satu rumah menyewa van sebab kadang2 keletihan sampai kelas ketiak dah berbau... hahahah kenangan..

Hairan.. sangat hairan.. mungkin ada rasionalnya tindakan kerajaan ini. tapi aku masih tak nampak rasional nya.. korang nampak? penting ke sebuah hpyang berharga mahal sedangkan skang handphone RM99 hengget Nokia pun dah ada. Penting Ke Nikon Coolpix ni? sedangkan setahu aku belajar subjek kedoktoran ata pun engineeribing Camera bukanlah keperlan utama.. Laptop? hahaha kami dulu sanggup pergi ke cyber cafe menaip assingment.. .. diaman rasional nya? Adakah belajar di IPTA dan mendapat pinjaman menjadi tiket kepada kita untuk belajar hidup mewah?? sedangkan dunia sebenar diluar sana bukan orang tak tahu lambakan para gradan yang tidak bekerja.. dan lambakan gradan yang bekerja bukan mengikut kelulusan mereka? bagaimana?


Sumber gambar adalah dari salah sebuah akhbar terkemuka.

Ũ
Eddie Wana And Izz Zaharin Love Stories