Kawan darjah 2Pernah tak korang ada kawan yang.. tak tahu nak bahagi kan masa bersama kawan dan masa bersama boy friend mahu pun suami dan anak-anak.( yang ni jangan sentuh suami tu memang wajib didengar kata-katanya).Cube imbas balik.. bagi yang dah senior dan yang dah kahwin dulu korang ingat tak ada dikalangan kawan korang yang macam ni? dan mungkin juga kita sendiri yang macam tu kan? mungkin kita jenis dah ada boy friend yang mana selepas ini aku akan mneggunakan(BF) sebagai singkatan.... tapi takde kawan... sebenarnya bukan takde kawan.. tapi sebab sejak kita dah ada bf kita yang one and the only tu kita dah takde masa bersama kawan-kawan.. sebab makan bf.. tido bf.. mandi bf.. kawan-kawan persetan kan aku tengah bahagia ngan bf aku. hehehehe
Kawan darjah 6Alhamdulillah aku leh bezakan.. dan boleh meneruskan hubungan ngan kawan-kawan aku meski pun kala ber bf... sobab tu kalo pun percintaan aku tak kekal atau putus tengah jalan.. kawan-kawan aku sentiasa pinjamkan bahu dorang untuk aku lap hingus dan airmata ni.. thanks. (angah, kak zai, boy.. kak pa'ie kak roszy ,yus, wong.. dan ramai lagi yang tak tersebut) dorang memang sentiasa akan bagi kata-kata perangsang.. dan semangat.alhamdulillah...
Aku ada jugak kenal kawan-kawan yang masa bercinta langsung haram tak ingat kawan.. masa untuk bersama ngan kita dah takde... 24 seven.. dia dengan bf dia jek.. kita call manjang bz... tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.. bile sedeyy wah..kita gak tempat ngadu.. tapi tak kurang yang menghampiri dunia fantasi atau kata kasar nye Gila!!! sebab ditinggal bf.. sebab dunia gelap sebab takde bahu yang nak kasik pinjam untuk dilap hingus dan airmata tadi...
Kawan sekolah MenengahAlhamdulillah pada kawan yang ke jinjang pelamin walau pun tak berkawan tu. Tapi sedar atau tidak tuhan suka pilih kita untuk terima dugaan.. kalau kita ada masalah sikit nak ngadu dah tak tahu nak ngadu kat ne.. nak ngadu kat diari.. harem tak reti nulis diari. akhirnya ambik alternatif mencari kawan yang masih boleh menerima kekurangan kita... beselah aku ni memang jenis.. memang cepat naik angin.. tapi aku paling cepat empati kat orang... bukan sebab dulu masa belajau kami belajau subjek individu reselien yang buat aku leh empati ni.. tapi mende tu semulajadi.. kekeke.. bagi aku manusia memang perlu diberi peluang. terserah macam mana manusia tu nak gunakan peluang yang kita bagi tu...
Kawan sekolah menengahBukan nak doakan orang lain hidup tak bahagia.. tapi sedar atau tak. atau kita yang melihat ni sendiri sedar.. atau mungkin kita dah sedar.. kenapa musibah tu terjadi kat kita.. maybe sebab pe el kita yang sebegini lahhh.. SEBAB ITU TUHAN PILIH KITA.. untuk terima dugaan yang kite hadapi sebelum dan selepas itu.... wallahualam lil sawabbb....
Untuk itu hayati bait2 puitis aku tu
"Aku bukan jadi seorang kawan untuk di agung dan untuk dibalas semua kebaikan dulu.
Aku cuma nak jadi seorang kawan yang boleh membetulkan kesilapan kawan aku... yang mungkin silap atau mungkin gelap. Aku bukan minta dibalas tangisan empati aku bersama kawan aku dulu.. aku cuma mahu menjadi seorang kawan yang betul-betul luhur dan tulus.
Sedar kan diri kita wahai seorang kawan.. lihat dan renung sila pandang kembali diri kita.. adakah aku menjadi seperti hari ini hanya.. kerana aku seorang diri? atau aku punya kawan dan famili? yang perlu aku ingat dan sayangi..."
Alah saje nak peeling2.. lama benar korangd ah cuti sonokkan? aku kasik twistt emosi korang wakakakaka... jangan sedey yekkk...





















