Ya Allah Kesian.. Hidup sebagai suami isteri tapi masih tak tahu suami ni jenis macam mana? boringkan dengar kawan-kawan yang duk cakap.. aku tak tahulah husband aku ni.. entah lah husband aku tu..? kadang-kadang aku hairan dorang ni duduk rumah asing2 ke sampai sume tak tahu? kalau yang husband ada dua tiga cawangan tu mungkin lah kadang2 jawapan tu yang kite dengar.. tapi yang husband yang ada one and the only wife pun leh ada jawapan macam ni.. kadang-kadang aku hairan? korang tak bercakap ke atau tak berborak ke hati ke hati ngan husband korang? bukan MELAWANNN!! berborak... bermesra bermanja.. berkomunikasi kalau kata siantifik nye... cewahh!!!

Boring nye dengar kalau wife kata... aku malas lah nak cakap ngan husband aku tu..aku pun tak paham dia macam mana... ish ish kadang kesian ngan jawapan macam ni.. sambil bersyukur alhamdulillah sebab.. so far dalam umah tangga yang aku lalui komunikasi amat berguna dalam hubungan kami.. tak suka ke? suka ke? benci ke? menyampah ke? setuju ke? tak setuju ke? akan kami bincang walau pun kadang2 menimbulkan bibit2 marah... tapi percaya atau tidak.. marah dan gaduh manja tu lah yang akan membantu kite kearah rumah tangga yang lebih bahagia... semakin banyak kite bual dan bincangkan semakin banyak kite mengenali hati pasangan kita.... percaya atau tak.. liku2 onak bergaduh atau gurau manja dalam hubungan suami isteri akan membawa kepada hubungan yang lebih erat dan mengajar kita untuk lebih memahami dan menerima serta mengenali siapa sebenarnya teman tidur di sebelah kita selama ni...
Pernah aku tengok cerite omputeh Scrub alah yang keje kat sepital tu..w alo pun ala2 mengong citernye tapi soklan lelaki omputeh tu memang senga tepat... Kata lelaki tu..
" Aku tengah berpikir mahu berkahwin atau tak? sebab aku bimbang aku jemu bile melihat perempuan yang sama disebelah ku setiap kali aku bangun pagi".
aku angguk2 sambil geleng.. wahh betul kata dia.. macam mana aku nak hadapi seorang lelaki yang akan menjadi teman hidup seumur hidup aku sebumbung tak jemu ke aku? melayan karenah dan muka dia yang aku hadap tetiap hari?

Bagaimana kita memudah kan jemu jadi rindu dan sayang? tanya diri kita.. sudah cukup kite mengenal hati budi memasing? satu soalan.. percaya atau tidak rumah tangga yang tidak pernah ada perselisihan faham.. adalah sebuah rumah tangga yang hambar.. sebab takde pro and contra.. semua sama.. u minat hitam ? i pun minat hitam lah walau pun hati i suka merah.... U suka makan spaghetti? i pun sukalah? walau pun i rasa nak muntah bile makan.... Cantikkan yang dinding kaler merah? ha ah cantik lah bang.. walau pun sebenarnya i naik pening bile semuanya merah... sebab? sebab kita suka.. kata takpelah biar jeklah dia pilih... nanti dia tak suka pulak kaler aku pilih.. dah lah dia yang bayar.... entah tak paham aku.. mungkin korang bimbang akan diakatakan derhaka sebab tak bersetuju dengan pendapat suami.. tapi agaknya kamu rasa tak berdose pada diri sendiri sebab kamu sebenarnya hipokrit jek...

Kadang2 percaya atau tidak.. suami kita perlukan seorang isteri yang memberi pendapat.. yang membantah yang memberi cadangan yang bersetuju dan yang tak bersetuju.. bukan isteri yang suka kata.. YES!!! sahaja untuk semua benda... lelaki itu unik.. dan wanita itu juga unik.. punca kita memerlukan anatara satu sama lain sebab kita kaum hawa atau adam memang tidak lengkap.. Adam berkahwin dengan Hawa untuk bertemu dengan Tulang rusuk nya yang telah mencipta kaum hawa... Hawa melengkapkan kehidupan kaum adam.. sebab sesungguhnya kaum hawa dan adam memang tidak lengkap.. tapi apalah gunanya kaum hawa di depan kaum adam ini. kalau semuanya sama dengan kaum adam tadi.. takde beza...
Aku ikut jek kata dia... nanti derhaka pulak.. bagus.. isteri solehah.. bukan suruh melAwan suami suruh memberi pendapat atau rasa hati.. contoh suami kata.. Kita letak bilik kita kaler merah lah yanggg... mungkin kite yang suka melihat rancangan Deco eric menjawab.. Tapi bang Eric Leong kata kaler merah dalam bilik tak sesuai lah bang.. ia mengundang mood yang tidak baik dan tidak bagus untuk ruang kite berehat.. merah memberi effect cergas dan ceria.. Eric kata kaler lembut sesuai untuk bilik sebab menimbulkan rasa romantik antara pasangan".. sure dan confirm suami kite setuju ... sebab kita kata eric punya pendapat.. seorang yang pakar dalam seni hiasan dalaman... takkanlah suami kite yang kerja jadi engineer kat Oil & Gas.. tahu semua tentang warna romantik tak romantik.. ni kan? itulah gunanya kite... sebagai isteri... bukan.. Ermmm!!! jah ikut jeklah.. abang suka kaler apa pun..
Belajarlah menegnali hati budi pasnagan kita.. mungkin ada rasa rumah tangga yang tidak onak dan duri itu rumahtangga yang bahagia.. alhamdulillah.. tapi sebenarnya rumah tangga yang telah menempuh onak dan duri itulah hubungan nye lebih erat dan penuh kasih sayang.. percaya atau tidak.. siapa yang mengenali hati budi pasnagan nye pastii telah menemui nya....Tak guna simpan semua dalam hati dan membuku kan segalanya.. sebab kelak kita yang rugi.... Percayalah suami bukan sahaj memerluakan seorang isteri yang memahami dan solehah mereka juga perlukan isteri yang boleh memberi pendapat dan membantunye berfikir.. kerana hidup berpsangan bersuami isteri adalah untuk berkongsiii...
Wah kelas...!!! aku nye blog dah jadi blog motivasi pulak dah.. sorry lah ye kawan2 kalau tak suka.. mungkin korang ada pendapat masing2 tapi apa yanga ku taip adalah lahir dari hati aku. dan mata pandangan aku...






















