Tuesday, June 2, 2009

LELAKI DURJANA

Semoga tuhan membalas perbuatan kau.... wahai lelaki durjana

Minggu lepas aku balik kampung aku kat Rawang. Sebab ramai kat kampung cuti2 sekolah ni. Tetiba aku dikejutkan satu berita pasal Fatin mengandung dan dah bersalin. sebab apa aku terkejut? sebab dia satu sekolah ngan adik aku dulu kat BAKIS sekolah untuk kanak-kanak & Remaja OKU. Fatin aku kenal seawal umur dia 10 tahun iaitu seawal adik aku 13 tahun dimana adik aku start masuk BAKIS. Fatin ni dia salah seorang kanak-kanak Hiperaktif. Aku dulu pernah temuramah BAKIS untuk wat kajian masa study dulu. Dia jenis Hiperaktif yang kalo datang waktunya dia akan menghantuk2 kepalanya didinding. Selalu Hiperaktif ni menurut cikgu dia.. dorang akan tenangkan dengan mencelup kepala dia kedalam air baru dia akan lega. atau pun panggil cikgu yang dia sayang untuk pujuk.

Fatin ni sejak satu sekolah ngan adik aku.. dia suka bersidai tepi bilik adik aku kat luar tingkap kat umah panggil2 adik aku.. MIJU ( Ramizu) Mijuu Ooooo Miju kata Fatin.. dulu aku suke ejek adik aku ngan Fatin.. sebab Fatin suke kacau adik aku.. kadang2 aku suh Fatin balik.. jangan kacau adik aku.. adik aku tak suka dia.. 12 tahun berlalu.. Fatin pun dah beso adik aku lagilah cam bapak orang.. Adik aku benti kejap belaja sana.. pehtu dua tahun lepas sambung balik belaja kat BAKIS.. beberapa bulan ni aku dah jarang nampak Fatin.. sebab Fatin ni kalo korang nak tahu dia akan ada.. tepi jambatan kat kampung tu.. Dia dah kenal kete bapak aku asal nampak jek Vitara bapak aku.. dia akan lambai.. dia panggil aku kakak Miju.. selalu dia babai kete kami kalo nampak...

Aku ada tanya Busu (adik aku) Su.. Fatin tak sekolah sana lagi ke? Dia kata.. Takde lah.. lama takde... Oooo tu cinta ko tu kan su? aku ejek dia.. dia kata ish takde.. aku tak nak lahh.. kata busu.. tapi memang aku pasan lama tak nampak Fatin rupe-rupenye.. aku dikejutkan khabar.. fatin dah bersalin.. aku terkejut.. dah kahwin ke Fatin? akak aku kata belum.. dia kene rogol.. budak OKU cam dia tu memang susah lah nak kahwin sebab dia cam jenis terbiar dan kebudak-budakkan.. Selidik2 rerupenya dia kene rogol. masyallah.. innalillah hi wainnailaihirajiun<--- ungkapan ini bukan untuk orang meninggal sebenarnya ianya untuk setiap perkara buruk yang terdengar ditelinga korang.. lafazkan.. semoga dijauhi dari kita.

Aku tersentap.. aku marah.. geram.. sakit hati.. rasa aku nak bunuh sapa yang rogol dia.. aku sangat2 marah..sebab aku nampak budak tu membesar.. dan aku suka usik2 dia.. dan dia kenal aku... aku sedih dengar berita tu.. aku sangat marah.. kesian Fatin.. patutlah lama tak nampak dia.. mungkin keluarga dia kurung dia.. mungkin selama dia pregnant dia dikurung sebab kalau tak dia mesti ada kat tepi jambatan ni.. buktinya? sekarang minggu ni.. aku nampak Fatin mula bersidai dijambatan sungai kat umah datuk aku... kesian aku tengok dia.. dia baru seminggu atau dua minggu bersalin.. Dia C-zear.. anak nye pun ada masalah sumbing sikit kata orang.. Jabatan Kebajikan Masyarakat dah ambik anak dia.. dia tak paham.. sian fatin.. dia tak pahammm.. tengahari tu hari ahad tu aku balik dari Pekan rawang.. aku nampak fatin tengak teguk air gas.. sambil jalan.. ya allah kesinnya dia.. tahu tak dia tengah sakit akibat pembedahan selepas bersalin.. Fatin.. aku sedey tengok diaaa... dia jalan sambil toleh kiri kanan.. macam hari2 biasa sebelum ni..

Aku fikir mungkin masa kandungan dia 4 5 bulan mak ayah dia tak pasan.. sebab last aku nampak fatin tak silap aku awal tahun hari tu.. pehtu tak nampak dah.. mungkin dalam masa tu dia dikurung... kesian dia... kalau tak dari ujung tanjung ke ujung kampung dia leh jalan merayauuu... Kesian Fatin.. akak aku pun cakap.. aku doa dalam hati katanya..semoga tuhan ikat lah perut dia yang c-zear tu.. jangan lah diapa2 kan budak tu. aku pun touching gakkk... kenapa lelaki kejam & Durjana? kenapa ko ambik kesempatan keatas orang OKU? kenapa? mana hilangnye peri kemanusiaan.. kenapa ada lelaki menjadi binatang? Masa nak balik umah Bukit Subang lalu lagi kat jambatan.. boleh nampak Fatin bersidai.. aku tengok jek dia dari tingkap kete... dia lambai kami.. dia kenal kami sume adik badik dan anak buah aku sume dia kenal.. sebab dia dulu suka menjenguk ke tingkap dan rumah kami... kesian dia..dia mungkin tak tahud ia dirogold an dia mengandung dan dia ada anak? dia mungkin tak tahud ia tengah berpantang.. dan dia perlu jaga diri dan makan minum dia... aku harap janganlah lelaki durjana tu terus mengganggu dia.. aku risau.. dirogol lagi


Sama-samalah kita berdoa semoga Fatin sentiasa ditemani malaikat dan semoga Allah sentiasa melindungi dia.. sobb..sobb.sssoobbb..aku sedeyyy...



Ũ
Eddie Wana And Izz Zaharin Love Stories