Thursday, April 9, 2009

Tagging Game- By Jue


Tag ini adalah di berikan oleh member cyber aku dari Mengandung .com. Jue Jomlah layannn..

Tugasan :

1) Letakkan Gambar Anak yg baru lahir. Gambar kalo boleh mestilah gambar yang msh dalam wad maknanya gambar anak hari PERTAMA.



2) Letakkan butir ini :

Nama penuh : Izz zaharin Bin Mohamad zaidi
Nama Panggilan : Izz(Tayangg mama)
Jantina : Lelaki
Tarikh Lahir : 13 Ogos 2008
Berat Lahir : 3.51kg
Cara Kelahiran :C-zear Sebab Breech

3) last sekali... apakah harapan korang pada anak ini.. dan korang nak anak ini jadi apa besar nnt... dan KENAPA..?

Aku dari dulu memang jenis tak suka letak harapan yang tinggi. Apa yang aku ada itulah yang ada. Aku tak suka nak letak apa2 harapan. sebab bila harapan tu tak dapat aku akan kecewa. Cume aku nak pesan kat anak aku Izz.
"Jadilah anak yang soleh, sayangi lah keluarga hormatilah orang tua. Sedarkanlah diri bahawa kita ini hanya hamba Allah S.W.T .Kunci kejayaan seorang anak adalah apa bila dia menghormati dan menyayangi Keluarga dan ibu bapanya. Serta sedar bahawa Islam agama dan mengakui Rukun Islam & Rukun Iman adalah petunjuk hidupnya didunia".

Tentang apa aku nak dia jadi.. aku tak pernah juga nak decide sebab aku nak dia sendiri yang nilai diri dia apa yang dia perlu jadi. Bukan sebab aku open minded tapi sebab kadang2 apa yang kita nak dia jadi tak seiring dengan apa yang dia nak. akhirnya dua-dua kecewa. masih jauh aku nak tentukan apa yang perlu dia jadi.
Aku nak pesan kat Izz lagi:
Jadilah manusia yang berguna Izz.. Bile Izz menjadi seseorang yang berguna nescaya kejayaan yang ada dalam tangan Izz. Sentiasa ingat Allah S.W.T ketahui dan sedar diri yang kita ni hambanya. Kita dijadikan semua sama nak.. Apa yang dicorak oleh ibu bapa kita itulah kita. Semua ibu bapa nak anak nye berjaya. Mama tak nak letakkan harapan mama untuk menentukan kejayaan hidup Izz. Yang mama pasti dan yakin mama & papa sayangkan izz.


Okla... Orang yang aku Nak Tag :
Lin
Adik
Nana
Yus
Choo (Nanti anak ko lahir wat lah)
Teha






Ũ
Eddie Wana And Izz Zaharin Love Stories