PULUT KUNING!!!
Pulut yang direndam semalaman dengan air kunyit
Hari ni aku pepagimengukus pulut
Kari daging untuk buat kuah sedapp nyerr
perghh sedappp kauuDalam hidup aku selama lebih suku abad ni aku lum pernah cuba masak pulut/Pulut Kuning. akak aku yang dah setengah abad tu pun lum pernah masak.. sebab bulan lepas aku ada dengar dia tanya mak aku cara nak masak pulut kekekeke.. so taklah ketinggalan sangat aku ni kan? hehehehe.. So kenapa mesti pulut kuning? kenapa tak pulut kaler merah ke kaler hijau ke? sebab kaler lain tu aku tak pernah tengok sebab kalau ada pun takkan menggecur kan air liur korang. Sebab aku tau korang dari kecik sisogokkan dengan Pulut Kuning atas Pulut warna natural busuk-busuk pun bubur PULUT itam.. hehehehe pulut gak kan walau pun lain resepi wakakaka..
Bahan-bahannyer:
1 kg beras pulut [ dibasuhkan]
3 keping asam keping
2 s/b kunyit serbuk...bancuh dan tapiskan
air secukupnya untuk merendam pulut..
daun pisang [untuk lapikkan lubang dalam periuk kukusan]
1 biji kelapa..perahkan [3 cawan santan pekat]
garam gula
Cara membuatnye:
1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama 5 jam untuk mendapatkana warna kuning. [sekali sekala gaulkan bahan ini supaya beras pulut ini rata warna kuningnya]
2. Toskan beras pulut dalam tapisan.
3. Panaskan kukusan.
4. Lapikkan daun pisang dalam periuk kukusan.
5. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dilapikkan daun pisang.
6. Kukuskan sehingga naik wap dari tepi periuk.
7. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar.
8. Tuangkan santan yg telah digaulkan dgn garam dan gula.
9. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukka semula dalam priuk kukusan.
10. Kukuskan semula sehingga naik wap lagi.
11. Bila telah naik wap, tutup api dapur.
12. Hidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging.





















