Ini adalah entry untuk Yani.. Yani adalah anak buah Eddie. Dia menetap di Sungai Besar Selangor bersama keluarga nye hehehehe... Kami sengaja bawa Yani ke umah kami untuk bawa dia berjalan sempena cuti sekolah. Banyak tempat sebenarnya Yanio tak pernah pergi sekitar Klang valley ni.. Semalam kami bawak dia ke KL dia duk tanya aku.. eh itu KLCC ke? hehehehe.. kita yang s elalu lalu lalang kat sini cam tak heran kan? tapid ia rasa seronok tengok.. yang kelakar pasal Yani masa aku bawak dia gi Sogo semalam masa naik lif Yani sangat sangat takut.. kah kah kah.. kesian dia.. nampak dia memang tak biasa ngan bagunan tinggi2 ni..aku ngan Eddie sengih jek.. tapi jauh sudut hati aku.. kesian kat dia... sebab walau pun duduk kat sekitar Selangor pun dia cam terpinga2 dengan suasana kat KL ni... harap besau nanti dia leh bawak diri... Buat pengetahuan korang Yani ada empat adik beradik dan dibesarkan oleh mak dia.. dia bukan orang senang macam korang yang tengah baca blog ni... mak dia (akak ipau aku) menjual kuih untuk jaga & besarkan anak-anak dia.
Hari ni kami bawak Yani ke Putrajaya dan Alamanda.. hehehe Yani kata seronok sebab leh naik escalator.. dia kata dia tak pernah naik tangga bergerak tu.. dia kata seronok hehehe.. memang lah seronok Yani.. sebab kalau naik tangga tak bergerak pinggang kita puns akit kekekeke..
So jomlah layan gambo Yani yang teringin sangat nak gi Putrajaya.. so akhirnya dia dah sampai.. nanti adalah bende dia nak cerita kat kawan-kawan dia apa yangd ia buat sempena cuti sekolah ni..

























