Tuesday, June 3, 2008

Nasihat Menasihati....

Dari kita kecik sampai lah kita besar.. mak, abah, mama, papa, mummy, daddy, akak, abang, along ayong, auntie, uncle, mak su, pak su, pak lang, mak lang.. tak habis-habis nasihat kan kita tentang kehidupan yang telah mereka lalui dan yang bakal kita lalui... Tak cukup dengan itu kawan-kawan yang berpegngalaman dan lebih tua dan matang dalam hidup dari kita pun suka menasihatkan kita.. Ada nasihat yang berunsur peribadi, ada yang berunsur menyayangi, mengingati, perkongsian pendapat dan tak kurang juga yang berunsur hasad dengki.

Sebagai yang muda kita selalu beranggapan apa yang mereka lalui itu sesuatu yang sedap didengar dan tak kurang yang tak sedap didengar. Ada juga kadang-kadang kita ni bile dinasihati kita akan cakap.. "alah zaman dulu dengan zaman sekrang ni masakan sama?". Kenyataannya memang tak sama tapi susun alur hidup tu tetap sama. Dimana kita belajar dari tahap yang rendah hingga yang tinggi dan sampai tahap tinggi kita mula tidak terpikir tentang keseronokan semata kita mula memikirkan keluarga yang bakal kita pulak corakkan.

Seseorang yang baik tidak akan menyembunyikan keburukan dan hanya menceritakan keseronokan semata. Seorang yang baik ada kalanya akan memberi kita nasihat hingga hati kita terkadang terluka dan rasa tidak dihargai sebagai anak, anak buah, adik mahu pun sahabat. Sebenarnya kita sedia maklum yang kehidupan ini bukan semuanya indah namun kita lebih suka mendengar yang indah sahaja dan sedikit pun kalau boleh tak mahu mendengar nasihat yang akan melukakan diri kita, menjatuhkan maruah kita, memalukan atau mengaibkan kita sendiri.

Adakalanya bila kita menegur menasihat sahabat, anak atau anak buah sendiri mereka sering beranggapan yang apa yang kita alami dan rasai tidak sama dnegan apa yang dia bakal hadapi dan tangani. Kita selalu beranggapan kita mampu melakukan semuanya dan kita beranggapan apa yang kita buat adalah smeuanya betul tak percaya korang tengoklah... Tapi kenyataannya bile seuatu musibah berlaku dan menimpa kita, kita malu pada diri sendiri. Kita mula sedar orang yang menegur kita selama ini ikhlas menegur dan menasihati kita. Tak mengapalah mungkin kita masih sempat berubah dan mula mendengar nasihat dan teguran orang lain.

Ada sesuatu perkara yang kita lakukan dalam hidup yang mungkin pertama kali kita rasakan itu adalah satu pengalaman yang maha hebat dan paling dasyat kita pernah lakukan dan kita mula bualkannya pada kawan kawan dan ahli keluarga dengan harapan mereka akan berpendapat wah.. hebat dan berpengalaman benar dia ni... itulah yang sering kita mahu orang menganggap diri kita. Sedangkan kenyataannya orang lain itu sebenarnya tak suka mencanangkan apa yang dia lakukan dan apa pencapaian yang telah pun berlaku dalam kehidupannya. tapi lain pulak pada diri kita. Jadi kawan-kawan renung-renungkan lah..



Ũ
Eddie Wana And Izz Zaharin Love Stories