Thursday, June 19, 2008

Cek Glukosa Darah

Hari ni aku cuti sebab nak pi klinik cek Glukosa dalam badan. Aku disaspek kene Diabetes masa mengandung hari ni cek yang ke dua lah 4 kali sehari berikut adalah senarai hasil aku check up dari memula check up sampai 2nd check up.

1st check up (15 June 2008)
1. Kene berpuasa dari kul 10 malam hingga check up kul 9.00 pagi kadar glukos dalam badan aku adalah : 5.3mmol dan selepas itu diberi minum air gula glukos.
2. Selepas itu kene puasa lagi sampai 2 jam dan check up balik kul 11.00 pagi kadar glukos dalam darah aku: 10.5mmol

Doktor bila tengok glukos tinggi dia kata nak jumpa aku balik selang 4 hari dnegan membuat check up 4 kali satu hari iaitu:
9.00 pagi : Sebelum sarapan
11.30 pagi : Sebelum Makan tengahari
5.30 petang: Sebeleum makan malam
8.30 malam selepas makan malam...

dan hasil nya seperti berikut setelah 4 hari berhempas pulas aku berdiet...

2nd Check up 19 June 2008

1. Pukul 9.00 pagi selepas berpuasa seawal 10 malam tadi bacaan nya : 5.6mmol
2. Pukul 11.30 sebelum makan tengahari : 4.2 mmol
3. Pukul 5.30 Petang sebelum makan malam : 4.5 mmol
4. 8.30 malam makan Malam check terakhir : 4.5mmol

Sebenarnya aku dah kontrol makan gegila dah sejak 4 hari lepas aku makan pagi roti dengan air kosong jek.. tengahari pun aku makan roti ngan air kosong jugak roti ikan bilis gardenia tu hah.. sian tak? malam kul 6 baru aku makan malam makan nasik 4 sudu dengan sayuran yang banyak... peh tu sup ayam atai ikan stim.. wah cam org berpantang kan? tapi takpe janji kadar glukosa dalam badan aku tak naik nanti.

So malam tadi tadi bila cek doktor kata ok good!! aku nye gula dalam darah dah maintain dah...takde masalah .. syukur alhamdulillah berkat aku diett jaga makan.. seksa woo tapi apo lehhh buattt kene bekorban... so sampai lah bersalin nanti aku kene diettt....


Ũ
Eddie Wana And Izz Zaharin Love Stories