Monday, May 26, 2008

BREASTFEEDING

Semalam kan seperti sedia maklum aku kan gi kelas antenatal .. masa breastfeeding consultant bagi ceramah tu barulah aku tau kepentingan susu ibu dan kebaikannya. Dia bagi tahu kita digalakkan menyusu anak kita ni up to 24 month nanti leh dapat anak yang sihat dan cerdik serta kurang sakit sakit.... masa tu dia bagi tahulah jenis pump yang elok dan tak elok tuk pump susu ibu tu kan.. memandangkan aku dah terbeli jenama pureen maka nampaknya kenelah bertukar.. edi pun kata tukarlah camtu..

Aku sebenarnya merancang nak bagi anak aku susu ibu sampai 2 tahunlah jugak paling-paling pun setahun ke.. semalam antara message yang disampaikan oleh consultant tu yang melekat kan otak aku ni pasal breasfeeding ni

1. Anak anda akan menjadi bayi yang sihat.

2. Jangan risau sekiranya anak anda berbadan besar ketika menyusu susu anda kerana lemak susu ibu akan hilang dalam badannye perlahan lahan. berbanding dengan susu formular yang mengandungi lemak haiwan dan lemak sayuran yang akan mengakibatkan anak anda obeseti dan menjadi lemak tepu dalam badan.

3. Dinegara luar seperti sweeden ibu yang melahirkan anak diberi cuti 6 bulan bagi menggalakkan ibu mereka menyusu kan anak sendiri tanpa bantuan susu formular.

4. Susu ibu akan mengurangkan risiko penyakit kronik untuk masa hadapan kerana anak anda dilindungi olehkebaikan susu ibu.

5. Menurut kajian antara penyumbang terbesar penyakit kronik yang berleluasa kini adalah kerana ramai ibu-ibu terdahulu lebih menganggap memberi minum anak dengan susu formular adalah paling terbaik. Sedangkan mereka silap.

6. Memberi anak anda susu ibu akan mempercepatkan proses penurunan berat badan anda.. belive it or not?

6. Sekiranya anda memberia nak anda susu formular berharga RM50 didarab dengan 4 minggu bermakna anda mengahibiskan RM200 sebulan dan sekiranya RM200 didarab dengan 12 bulan bermakna anda telah menghabiskan RM2400 sebulan sekiranya RM2400 didarab dengan 2 tahun anda telah menghabiskan RM 4800. Jadi berbaloi atau tidak anda yang hanya membeli pump yang berharga RM500 yang boleh digunakan sekurang-kurangnya satu tahun? fikirkan...???

tuh jeklah yang aku ingat.. yang lain tu bukan tak masuk cume aku tergelak-gelak dengar penerangan tu akekeke.. tapi memang sonoklah....


Ũ
Eddie Wana And Izz Zaharin Love Stories